Labels

Thursday, 13 September 2012

Harga emas melonjak kembali 2012

Berita baik kepada anda semua. Harga emas telah melambung semula.
Dahulu 1 Dinar boleh dapat dalam harga kurang RM700. Kini harga 1 Dinar RM780. Alhamdulillah! Kepada sesiapa yang telah mengambil tindakan, anda memang bijak. Kini anda hanya perlu buat keputusan bila mahu jual. Keputusan di tangan anda.



Itu baru 1 Dinar. Kepada yang membeli lebih dari 1 Dinar, contohnya 10gram, lagi untung la. Ya, memang betul. harga 10 gram pun lagi mahal kan. Modal besar, untung pun besar.

Kepada yang ingin menjual emas dan perak Public Gold, boleh menghubungi admin. Admin sudi membeli pada harga We Buy. Boleh rujuk di web Public Gold atau jadual di sebelah kanan blog ini.

Monday, 3 September 2012

Kenapa Spread dan Jaminan Beli Balik Penting

Saya ingin berkongsi secara ringkas kenapa Spread dan Jaminan Beli Balik itu penting. Untuk pengetahuan anda, Public Gold memberi spread yang rendah dan memberi jaminan membeli balik emas anda tidak kira emas calar atau bengkok.

Secara ringkas, Spread bermaksud perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Spread yang kecil adalah bagus untuk anda. Pastikan spread tidak melebihi 10%. Baru cepat anda menjadi kaya.

Jaminan beli balik pula penting untuk anda yang menjadikan emas dan perak sebagai pelaburan anda. Kalau pelaburan anda besar sehingga melebihi RM10,000, tentu susah untuk anda jual semula kepada dealer atau rakan kerana jumlah yang besar. Tak semua orang mempunyai duit sebanyak itu pada waktu yang anda mahu jual. Jadi anda boleh memilih menjual emas anda kepada Public Gold, Mudah bukan?

Anda boleh lihat gambar di bawah tentang spread dan jaminan balik. Kredit kepada tokeyemas999.

Kongsikan info ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda sekiranya anda merasakan info ini berguna. Sharing is Caring.

Seminar Public Gold September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada semua umat Islam. Saya ingin memohon maaf zahir & batin sekiranya ada salah silap. Moga anda bergembira di Hari Raya ini.

Raya tetap raya tetapi seminar percuma tetap ada. Kepada yang berminat hendak menambah ilmu tentang emas dan perak, boleh hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Public Gold. PERCUMA sahaja.

Saya senaraikan Jadual Seminar di cawangan Kajang untuk bulan September 2012.
Tarikh                         Masa                 Speaker
5 September 2012     8.30-10.30pm     Mohd Faizan Dasuki
10 September 2012    8.30-10.30pm    Azizah binti Hassan
12 September 2012    8.30-10.30pm    Syukor Bin Hashim

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu tentang emas. Boleh tanya speaker tentang apa yang anda tidak faham tentang pelaburan emas. Rugi tak join.