Maaf kerana lambat update. Seperti yang dijanjikan, ulasan kali ini bagaimana keuntungan emas boleh mencecah 20% setahun.
Sila lihat gambar graph emas pada tahun 2011.(saya sertakan gambar di atas)
Dapat dilihat harga emas terendah usd1342 dan harga tertinggi usd1900.
Secara idealnya, kalau kita membeli pada harga terendah dan jual pada harga tertinggi; kita akan berjaya memaksimumkan keuntungan pelaburan emas kita.
Kira-kira adalah seperti berikut:
[(usd 1900 - usd 1342) /usd1342] x 100% = 41.58%
Teruja tak kalau anda berjaya dapat keuntungan mencecah 41%.?
Tadi saya berkata boleh mencecah 20%, tapai kini sudah 40%.
Tidak ada yang mustahil. Kita perlu bijak membeli dan menjual emas pada masa yang sesuai.
Jangan risau kalau anda terlepas membeli pada harga terendah. Anda masih boleh untung jika membeli emas pada harga sekitar usd 1400. (beli pada bulan Mac 2011)
Katakan anda masih tak pasti bila harga emas adalah tinggi, jadi anda terlepas pandang ketika emas mencecah usd1900. Tidak mengapa, anda hanya perlu bertindak selepas itu. Pada September 2011, harga adalah tertinggi sekitar us1900. Kalau anda terlepas dan menunggu emas naik kembali, anda pasti tidak terlepas pada harga hendak mencecah usd 1800 pada November 2011.
Jadi, anda akan membeli pada harga terendah usd 1400. Dan anda perlu jual pada harga tinggi katakan usd 1780. Perkiraan untung anda seperti berikut:
[(usd1780 - usd1400)/usd1400] x 100% = 27.14%
Anda puas hati? Kalau 41% mungkin tinggi. Tetapi dengan cara ini adalah lebih fleksibel dan praktikal bukan?
Jadi, terbukti pelaburan emas boleh mencecah 20%.
Saya hanya tunjuk cara yang mudah dan ringkas. Anda boleh aplikasikan sendiri.
Anda amal, anda yang untung.