Labels

Wednesday, 30 May 2012

5 Pesanan Robert Kiyosaki

Nama Robert Kiyosaki memang terkenal di seluruh dunia. Beliau terkenal dengan buku Rich Dad Poor Dad dan Game CashFlow. Jika anda masih tertanya siapa dia Robert Kiyosaki, saya sarankan anda Google untuk maklumat lanjut.


Hari ini saya ingin kongsikan pesanan Robert Kiyosaki. Ada sesiapa yang berkesempatan berjumpa dengab beliau semasa talk beliau diadakan di National Achievers Congress, Sunway Convention Center tempoh hari? Kalau ada, Tahniah! Bukan senang hendak berjumpa dengan ikon ini. 

Saya ingin kongsikan 5 Pesanan dari Robert Kiyosaki semasa talk di Sunway lepas.

1. Menjangkakan Krisis Ekonomi Global pada tahun 2016

2. Peperangan dengan Iran dalam jangka masa 2 tahun kerana Iran tidak akan memberhentikan program nuklearnya.

3. Lima aset yang berharga semasa krisis: Emas, Makanan, Senjata, Hartanah dan Tenaga (oil)

4. Sangat menitikberatkan pelepasan cukai dalam bisnes dan pembelian hartanah.

5. Cara beliau menjana kekayaan: Income dari Bisnes digunakan untuk pinjam duit beli Hartanah. Cashflow dari hartanah disimpan dalam bentuk Komoditi (gold,silver,oil). Tiada simpanan dalam bentuk tunai kerana beliau tidak lagi percaya kepada kestabilan wang kertas.

Perkongsian beliau selama 3 jam telah banyak mengingatkan hadirin tentang kepentingan terus belajar untuk meningkatkan financial IQ.

Sila kongsikan ilmu ini dengan kawan-kawan yang lain. The more you give, the more you get.


# Sumber dari saudara Ikram Adi

Hadis Nabi saw: Jika kamu mahukan dunia, kamu perlu ada ilmu, jika kamu mahu akhirat, kamu perlukan ilmu dan jika kamu mahukan dunia akhirat, kamu perlukan ilmu!

Monday, 28 May 2012

Bagaimana mencari Dealer Public Gold?

Post kali untuk membantu anda di luar sana yang masih mencari-cari dealer Public Gold. Anda mesti pening kepala kalau tak tahu di mana hendak mencari Dealer Public Gold. Duit dah ada, ilmu pun dah cukup. Anda bersemangat hendak memulakan langkah pertama anda untuk memiliki emas dan perak pertama anda. Tetapi anda risau hendak menghubungi dealer yang mana satu.

Nasihat saya mudah sahaja. Anda hubungi Dealer yang bertauliah. Macam mana nak tahu Dealer bertauliah? Dealer yang bertauliah adalah dealer yang berdaftar dengan Public Gold dan telah menghadiri New Dealer Orientation (NDO).

Anda boleh mencari senarai dealer ini di laman web Public Gold di bawah tab Dealer. (Sila lihat gambar yang disertakan untuk memudahkan anda paham)


Sebagai contoh, anda duduk di Kajang dan berhajat mencari dealer yang dapat membantu mencapai impian anda iaitu memiliki emas pelaburan. Anda pilih option Selangor dan akan keluar senarai Dealer yang terdapat di Selangor. Kemudian anda pilih dealer yang berada di bandar anda contohnya di Kajang.

Jadi,anda terjumpa nama saya Ariff Yusoff di Page 1 dan bercadang menghubungi dealer ini. Segala detail dealer ada disenaraikan di laman web tersebut. Anda boleh call atau sms untuk mendapatkan emas pertama anda. Mudah bukan?

p/s: Terima kasih pada Abang Hamdan kerana memberi peluang kepada saya membantu beliau memiliki emas pertamanya. Diharap Abang Hamdan gembira dan terus membeli emas sebagai alternatif pelaburan.

Masa Untuk Emas

Post yang lepas saya ada berkongsi tentang ilmu dan seminar PERCUMA dari mentor terkenal Dr Azizan Othman. Anda ada ambil TINDAKAN dengan mendaftar dan pergi ke mana-mana seminar DAO? Kalau ada, Tahniah!

Saya ingin berkongsi satu buku yang sesuai untuk anda sekiranya anda masih mencari sumber untuk mendapatkan ilmu mengenai emas. Buku bertajuk "Masa Untuk Emas" nukilan Azizi Ali sangat sesuai dengan anda. Saya sudah pun habis membaca buku ini dan berpuas hati dengan kandungannya.Sedikit sebanyak bertambah ilmu saya mengenai emas.

Gambar buku Masa Untuk Emas dari Azizi Ali.


Insya Allah, saya akan kongsikan dalam post yang akan datang dengan olahan saya sendiri. Tak elok plagiat penulisan orang lain.

Monday, 14 May 2012

Mari Tingkatkan ILMU

"Kalau banyak HARTA,Kita kena jaga Harta,
Kalau banyak ILMU,Ilmu yang menjaga kita"


Mari tingkatkan ilmu. Tanamkan niat untuk menambah ilmu. Kita boleh membaca buku/blog atau hadir ke seminar untuk menambah ilmu. Tambah ilmu supaya Ilmu tersebut boleh menjaga kita dan harta kita.

Saya syorkan anda ke Seminar Dr Azizan Othman (DAO). Pilih seminar yang anda minat dan daftar.

Link: http://fesbukpower.com/
20 Mei 2012 (Ahad) / 8.30am-12pm
Wisma MCA, Jalan Ampang

Klik dan daftar. Nak Percuma? Senang aje. Cara untuk mendapatkan seminar percuma, anda perlu daftar seramai 3 orang sekaligus untuk  seminar fesbuk power.
 
3 Jun 2012 (Ahad) / 8.30am-12pm
Wisma MCA, Jalan Ampang

Untuk seminar Marketing Power, taipkan kod SMP2012 untuk daftar percuma. Harap boleh guna lagi kod ini.

Saya hanya syorkan kepada anda. Tiada komisen yang saya dapat. Benda yang baik tak salah untuk dikongsi. Anda buat, anda dapat. Saya dapat bantu anda sudah memadai.

Sesiapa yang sertai seminar tersebut di Ampang, jumpa di sana nanti. Mari sama-sama menuntut ilmu dari mentor DAO. Moga ilmu ini dapat membantu kita kaya dan berjaya.

Thursday, 10 May 2012

Tips: Beli time murah

Semua orang nak untung bila membuat sesuatu terutamanya apabila berniaga. Jadi langkah yang senang lagi mudah dalam pelaburan emas ialah beli time murah. Yang ini langkah pertama. Simple sahaja bukan? Tapi susah untuk orang lakukan. 

Buktinya, anda sudah beli emas anda dalam masa 2-3 hari ini? Rugi kalau anda masih mode menunggu. Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk anda bertindak. Ya, bertindak sekarang!

Harga emas tersangat rendah ketika ini. Ini buktinya (lihat graph yg disertakan di bawah)


Harga emas turun mendadak pada 8 Mei 2012 (line biru), ketika ini peluang sudah ada. Mungkin ramai masih menunggu emas jatuh lagi. Kemudian pada keesokkan harinya emas berlegar-legar di bawah usd 1600/Oz, cukup murah pada pandangan saya. Jika anda terlepas peluang ini, pada hari ketiga iaitu hari ini, line hijau adalah peluang terbaik anda. (Sila lihat pada kotak berwarna pink)

Pada pengamatan saya, harga emas sudah tepu di bawah. Harga emas akan kembali melonjak ke atas sikit demi sedikit, Jadi, bertindak bijak sekarang. Hubungi saya untuk menambah emas anda.

Wednesday, 9 May 2012

Stock 10Dirham saya

Entry sebelum ini saya ada menceritakan tentang 10 Dirham keluaran Public Silver. Jadi dengan harga yang tengah murah, saya sempat menambah stok perak saya. Saya telah membeli sekeping 10 Dirham.

Apabila 10 Dirham berada di tangan dan stok saya, feel dia lain dari melihat gambar seperti post saya sebelum ini. Saya sertakan gambar stok 10 Dirham saya.


Lihat sahaja kilauan 10 Dirham ini, memang akan menarik minat orang. Design yang simple tapi menarik. Memang kena beli dan pegang untuk mendapat kepuasan yang maksima.

Hubungi saya untuk membeli emas dan perak.

Tuesday, 8 May 2012

Harga Emas Jatuh Lagi...Peluang!!!

Semasa saya menulis entry ini, harga emas masih lagi rendah, berlegar-legar sekitar usd1600/Oz. Ini merupakan satu peluang yang baik bagi sesiapa yang menunggu untuk membeli emas dan menambah stok emas. Nasihat saya, jangan tunggu lagi jika anda mempunyai wang yang mencukupi. Beli dahulu kerana harga sudah cukup murah.

Sebentar tadi saya sudah selamat lock 1Dinar yang berharga RM707. Sebelum ini saya beli 1Dinar berharga RM728-RM750. Semasa emas naik mendadak itu hari, 1Dinar mencecah hampir RM800. Wow!!!

Bayangkan berapa keuntungan saya jika saya beli 5 keping 1Dinar sekarang. Dan apabila harga mencecah RM800, saya jual semuanya. berapa untung saya dapat ye?


Lihat graph yang saya sertakan ini. Ambil ACTION sekarang. Lock harga dan beli emas anda hari ini. Anda buat, anda untung!

Produk Terkini dari Public Silver


Produk terkini dari Public Silver merupakan 10 Dirham.

Atas permintaan ramai, kini anda boleh membeli dirham. Sebelum ini, produk perak hanya bermula dari 250gram. Kemudian dikeluarkan produk silver 100gram. Tapi masih ramai yang meminta supaya adakan lagi produk yang berbaloi seperti dirham. Jadi untuk tidak mengecewakan anda, Public Silver mengeluarkan produk baru ini, 10 Dirham.

Jadi, jangan lihat sahaja. Mari beli dirham pula. Design yang lawa dan menarik. Bersinar-sinar 10 Dirham ini, geram pula bila memegangnya. Harga tengah murah, memang peluang besar untuk beli. 

Ingat ye, Beli time harga murah, Jual apabila harga naik. Barulah anda untung besar!

Sunday, 6 May 2012

Melihat harga emas semasa Public Gold

Anda sudah mengetahui kelebihan Public Gold. Mesti anda sudah tidak sabar untuk membeli emas dari Public Gold bukan? 

Cara mudah dan free melalui laman web Public Gold itu sendiri di http://www.publicgold.com.my

Anda perlu melihat di sebelah kanan web itu mendapat harga terkini. Untuk maklumat, harga emas akan diupdate setiap 20 minit dan pada hari Sabtu dan Ahad harga adalah statik kerana market ditutup. Saya nasihatkan anda yang baru berjinak hendak membeli emas supaya monitor dahulu harga emas sehari dua untuk memahami trend turun naiknya harga emas itu. Kemudian anda boleh la lock harga emas kalau menepati bajet anda.

Cara kedua, melalui SMS. Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan charge RM0.30

Anda perlu hantar command berikut:
1)         Type   PG<space>GOLDPRICE   and send to   36828   to check the gold price
2)         Type   PG<space>SILVERPRICE   and send to   36828   to check the silver price
3)         Type   PG<space>DINARPRICE   and send to   36828   to check the dinar price
4)         Type   PG<space>JEWELPRICE   and send to   36828   to check the jewellery price (for both D and I series) 

Tidak menjadi masalah untuk menggunakan huruf besar atau kecil tapi charge tetap sama ye.

Seiring dengan teknologi yang semakin canggih, bagi pengguna Iphone anda mempunyai alternatif. Anda perlu download aplikasi Public Gold dan boleh menyemak harga emas melalui handphone anda. Untungnya ada gadget canggih nih kan?



Saturday, 5 May 2012

Kenapa Public Gold?

Sebelum ini saya ada kongsikan kelebihan menyimpan emas dan sertakan graph/table harga emas yg semakin naik. Saya ada juga menyebut tentang emas Public Gold. Kenapa Public Gold?

Untuk menjawab soalan tersebut, saya senaraikan kelebihan Public Gold berbanding kedai emas lain. Harap membantu and membuat keputusan untuk membeli emas yang berbaloi.

Kelebihan Membeli Emas Public Gold:

1.Stok sentiasa ada.
-Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas di Pulau Pinang, mereka boleh mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas rendah. Sebagai pelabur/penyimpan emas, adalah penting stok selalu ada terutamanya ketika harga emas tengah rendah.

2.Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah (sekitar RM7-RM13 segram) berbanding harga di kedai emas.

3.Spread yang kecil (antara 5% – 8% sahaja)
Spread = Perbezaan harga belian dan jualan
Spread sangat penting untuk anda ketika menjual emas semula. Jadi spread yang kecil sangat penting. Spread di kedai emas selalunya tinggi.

4.Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, goris, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Kedai emas tidak membeli semula emas jika calar, goris, bengkok dan kemek emas tersebut.

5.Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K-pure gold)

6.Mempunyai dealer di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkan emas dengan mudah dengan menghubungi dealer yang berhampiran tempat tinggal anda. Hubungi saya untuk membeli emas anda. Saya akan lock harga, ambil emas dan terus hantar kepada anda. Tiada kos tambahan dan memudahkan anda. Senang bukan?

7.Public Gold menawarkan peluang menjadi dealer kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat perniagaan menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi dealer Public Gold. Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank. Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mengeluarkan jongkong 24 karat (999.9).

8.Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online yang diupdate setiap 20 minit. Ini bermakna anda boleh membeli emas dengan harga pasaran. Nasihat saya beli emas ketika harga rendah.