Labels

Sunday, 15 January 2012

Ulasan Harga Emas Sepanjang Tahun 2011

Sila klik untuk melihat gambar yang lebih jelas-

 Apa yang anda boleh nampak dari graph di atas? Adakah...
- harga semakin naik?
- harga emas awal tahun lebih murah?
- harga emas jatuh pada bulan September 2011?

Seperti yang dijanjikan,saya akan memberi komen tentang harga emas sepanjang tahun 2011. Terpulang pada anda hendak setuju atau tidak.

Kalau sebut pelaburan, perkara utama mestilah keuntungan. Dari graph di atas jelas yang harga emas telah naik sebanyak 10.12% sepanjang tahun 2011. Saya mengambil tarikh mula dari 31hb Disember 2010 hingga 30hb Disember 2011. 1hb Januari kan cuti umum,jadi saya menganggap susah untuk jual beli pada hari tersebut.

Dengan mudah, tanpa perlu pening kepala, anda membeli emas dan simpan selama setahun. Selepas setahun, anda mendapat keuntungan 10.12%. Banyak atau sedikit? Anda tentukan sendiri.

Kalau anda simpan di ASB, keuntungan baru-baru ini diumumkan sebanyak 8.80%. Banyak kan? Jadi kalau emas dapat untung 10%, lagi banyak lah? Saya yakin anda boleh buat perkiraan sendiri.

Link agihan pendapatan ASB 2011:
http://www.asnb.com.my/news/asb_pendapatan2011.htm


Ringkasan 2011:

Pada 2 Februari 2011, berlaku protes di Eqypt, di mana seramai 200,000 orang berhimpun memimta Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan yang dipegrang selama 30 tahun. (harga emas tengah murah ketika ini)

Pada 7 April 2011, bank pusat Eropah telah menaikkan kadar faedah kepada 1.25%. (harga emas terus naik tanpa memandang ke belakang lagi)

Pada bulan May 2011, OSama bin Laden dikatakan terbunuh. (harga emas mendatar sahaja)

Pada 1 Ogos 2011, rundingan untuk meningkatkan had pinjaman kerajaan AS $14.3 trillion gagal. (harga emas naik menegak!)

Pada 8 Ogos 2011, S&P downgradekan penarafan kredit AS dari status AAA. (besar kesannya pada harga emas dunia)

Pada 22 Ogos 2011, pasaran ekuiti bertambah buruk dan pelabur telah mengambil langkah berhati-hati dengan mencari tempat lain untuk dialihkan harta kekayaan mereka dan emas telah menjadi pilihan.

Pada 21 September 2011, Rizab Persekutuan AS melancarkan Operasi Twist untuk menurunkan kadar faedah jangka panjang dan menyelamatkan ekonomi mereka dengan suntikan $400 billion.

"Kata emas boleh untung sampai 20% setahun, tapi ini baru 10%++"
Bagi mereka yang beranggapan begitu, tunggu entry saya yang seterusnya.

Friday, 6 January 2012

Kaitan riba dan emas

Post sebelum ini saya ada menyentuh sedikit mengenai riba. Kali ini saya ingin mengaitkan pembelian emas dan riba. Kita perlu faham riba yang wujud dalam pembelian emas. Baru hati senang untuk jual beli emas.

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Dari hadis ini, kita mengetahui yang terdapat 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Pertukaran barang yang sama jenis perlu dilakukan secara tunai dan sama nilai.

Contoh yang mudah, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram. Tidak boleh kurang dari 10 gram ye (kadar yang sama).

Mari kita fokus kepada emas dan perak. Sila rujuk hadis ini

Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. - (Bukhari)

'illah emas dan perak adalah sama iaitu matawang tetapi ia merupakan dua barang ribawi yang berlainan jenis. Jadi emas boleh ditukar dengan perak asalkan ia berlaku secara tunai.

Contoh 10 gram emas (RM1834) dapat ditukar dengan 500 gram perak (RM1896).

Harap penerangan ringkas ini mudah difahami. Sampaikan kepada kawan-kawan yang lain ye.

Back Door Riba?

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”
Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.”

Nabi saw telah menunjukkan cara keluar dari riba seperti di atas. Adakah baginda mengajar kita melakukan back door riba?

Renung renungkan