Labels

Friday, 20 April 2012

20 sen baru vs 1 Dinar Public Gold

Anda pernah tengok 20 sen yang baru dikeluarkan BNM? Lawa dan menarik bukan? Siap warna emas tapi bukan emas tulen ye. Alangkah best nya kalau 20 sen yang anda ada itu emas atau dinar. Kenapa? sebab nilainya lebih besar berkali ganda daripada nilai 20 sen.


Dari gambar di atas jelas nampak perbezaan 20 sen dengan 1 Dinar. 
Besar lebih kurang sama. Warna pun lebih kurang sama. Tapi yang mana menyerlah? Mesti lah emas tulen. Sebab itu juga emas menjadi pilihan sejak dahulu lagi. Warna emas itu sendiri menjadi tarikan, berkilau-kilau.

Wednesday, 11 April 2012

Seminar Wang Power

Pernah dengar Seminar Wang Power oleh Dr. Azizan Osman? Baru-baru ini ia diadakan di Menara PGRM pada 8hb April 2012.

Tak mengapa kalau anda terlepas. Anda masih boleh mendaftar segera ke slot yang masih ada.
Saya ingin berkongsi salah satu ilmu dalam seminar ini - Simpan untuk Labur.

Ramai orang mengetahui pentingnya simpanan dan ada yang telah mulai penyimpan. Tapi adakah anda tahu yang anda sepatutnya Simpan untuk labur. Langkah yang bijak adalah Simpan dan Labur. Barulah duit anda akan semakin banyak.

Anda perlu tahu jika anda hanya menyimpan sahaja tanpa membuat pelaburan, anda tidak mungkin akan kaya. Anda pernah dengar orang kaya hanya dengan penyimpan? Tidak bukan...

Zaman sekarang tidak sesuai dengan menyimpan sahaja kerana faktor inflasi. Harga barang semakin naik.

Jadi adalah perlu anda menyimpan dan apabila sampai masanya anda perlu melaburkan wang anda tadi. Teknik yang senang ini dapat membantu anda mencapai impian anda.

Apa yang perlu anda faham, lakukan simpanan. Apabila sampai waktunya atau cukup simpanan anda tadi, lakukan pelaburan. Saya sarankan anda lakukan pelaburan jangka panjang seperti beli emas.

Kenapa emas? secara mudah dan ringkas, harga emas sentiasa naik. Untuk jangka panjang,anda akan untung.

p/s: pelaburan ilmu adalah penting. Tingkatkan ilmu anda dalam pelaburan atau bisnes yang anda fikirkan sesuai.

Keuntungan Emas mencecah 20% setahun

Maaf kerana lambat update. Seperti yang dijanjikan, ulasan kali ini bagaimana keuntungan emas boleh mencecah 20% setahun.


Sila lihat gambar graph emas pada tahun 2011.(saya sertakan gambar di atas)

Dapat dilihat harga emas terendah usd1342 dan harga tertinggi usd1900.
Secara idealnya, kalau kita membeli pada harga terendah dan jual pada harga tertinggi; kita akan berjaya memaksimumkan keuntungan pelaburan emas kita.

Kira-kira adalah seperti berikut:

[(usd 1900 - usd 1342) /usd1342] x 100% = 41.58%

Teruja tak kalau anda berjaya dapat keuntungan mencecah 41%.?
Tadi saya berkata boleh mencecah 20%, tapai kini sudah 40%.

Tidak ada yang mustahil. Kita perlu bijak membeli dan menjual emas pada masa yang sesuai.
Jangan risau kalau anda terlepas membeli pada harga terendah. Anda masih boleh untung jika membeli emas pada harga sekitar usd 1400. (beli pada bulan Mac 2011)

Katakan anda masih tak pasti bila harga emas adalah tinggi, jadi anda terlepas pandang ketika emas mencecah usd1900. Tidak mengapa, anda hanya perlu bertindak selepas itu. Pada September 2011, harga adalah tertinggi sekitar us1900. Kalau anda terlepas dan menunggu emas naik kembali, anda pasti tidak terlepas pada harga hendak mencecah usd 1800 pada November 2011.

Jadi, anda akan membeli pada harga terendah usd 1400. Dan anda perlu jual pada harga tinggi katakan usd 1780. Perkiraan untung anda seperti berikut:

[(usd1780 - usd1400)/usd1400] x 100% = 27.14%

Anda puas hati? Kalau 41% mungkin tinggi. Tetapi dengan cara ini adalah lebih fleksibel dan praktikal bukan?
Jadi, terbukti pelaburan emas boleh mencecah 20%.

Saya hanya tunjuk cara yang mudah dan ringkas. Anda boleh aplikasikan sendiri.
Anda amal, anda yang untung.