Labels

Thursday, 9 August 2012

Public Safe Buka Cawangan Pertama

Berita baik kepada mereka yang ternanti-nanti peti simpanan keselamatan. Public Safe baru membuka cawangan pertama di Bayan Lepas Pulau Pinang. Jadi orang Penang jangan lepaskan peluang baik ini. Dapatkan ketenangan di Hari Raya ini dengan menyimpan emas dan perak anda sekarang.

Bagi negeri lain, anda kena tunggu lagi. Dijangka 2 buah cawangan lagi akan dibuka di Ipoh, Perak dan Kota Bharu, Kelantan. Tapi anda perlu tunggu 18 bulan. Kenapa 18 bulan anda boleh baca keratan akhbar hari iniyang saya sertakan di bawah.

-klik pada gambar untuk besarkan-

Untuk pengetahuan anda, Public Safe menyediakan peti simpanan keselamatan. Jadi anda boleh menyewa peti keselamatan ini untuk menyimpan barang berharga anda seperti emas dan perak. Tak perlu anda menanggung risiko kehilangan barang berharga lagi. Jadi anda boleh pergi berjalan-jalan atau balik kampung dengan hati yang tenang.

Thursday, 2 August 2012

77 Syarikat yang pelaburan yang tidak sah

Anda ada baca surat khabar beberapa hari yang lepas mengenai syarikat pelaburan yang tidah sah? Saya sarankan anda baca. Dengan sedikit ilmu, anda boleh elak dari ditipu oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan.

Terdapat 77 syarikat yang disenaraikan. Banyak bukan? Kalau syarikat pun dah 77 buah, berapa agaknya jumlah mangsa yang ditipu dengan pelaburan ini? Saya doakan anda yang membaca ini bukan salah seorang daripada statistik itu.


Saya sarankan anda lagi sekali, pelajari dan tuntutlah ilmu mengenai pelaburan yang anda ini lakukan. Tidak kira pelaburan emas atau apa jua bentuk. Kalau anda berani hendak melabur, kenapa tidak berani untuk melakukan sedikit siasatan? Mungkin kerana kurang ilmu untuk lakukan siasatan. Tidak mengapa, ada satu lagi jalan yang mungkin dapat membantu anda. Bertanya lah, tapi bertanya pada yang tahu.

Saya doakan anda dapat mempelajari sesuatu dari post saya ini. Sebarkan kepada kawan-kawan yang supaya tidak terjebak dengan kes-kes pelaburan yang sebegini rupa.

Wednesday, 1 August 2012

Seminar Percuma Public Gold Ogos 2012

Jadual Seminar PERCUMA dari Public Gold untuk bulan Ogos sudah keluar.
Sesiapa yang ingin menuntut dan menambah ilmu emas, boleh la mendaftar untuk ke seminat tersebut.

Untuk Seminar Ogos 2012, Saya lampirkan Seminar FREE untuk cawangan Kajang. Ya, cawangan Public Gold yang baru dibuka di Sungai Chua Kajang. Jangan lepaskan peluang ini orang Kajang, Bangi dan sekitarnya.