Labels

Friday, 6 January 2012

Kaitan riba dan emas

Post sebelum ini saya ada menyentuh sedikit mengenai riba. Kali ini saya ingin mengaitkan pembelian emas dan riba. Kita perlu faham riba yang wujud dalam pembelian emas. Baru hati senang untuk jual beli emas.

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Dari hadis ini, kita mengetahui yang terdapat 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Pertukaran barang yang sama jenis perlu dilakukan secara tunai dan sama nilai.

Contoh yang mudah, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram. Tidak boleh kurang dari 10 gram ye (kadar yang sama).

Mari kita fokus kepada emas dan perak. Sila rujuk hadis ini

Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. - (Bukhari)

'illah emas dan perak adalah sama iaitu matawang tetapi ia merupakan dua barang ribawi yang berlainan jenis. Jadi emas boleh ditukar dengan perak asalkan ia berlaku secara tunai.

Contoh 10 gram emas (RM1834) dapat ditukar dengan 500 gram perak (RM1896).

Harap penerangan ringkas ini mudah difahami. Sampaikan kepada kawan-kawan yang lain ye.

0 Comments: