Pernah dengar Seminar Wang Power oleh Dr. Azizan Osman? Baru-baru ini ia diadakan di Menara PGRM pada 8hb April 2012.
Tak mengapa kalau anda terlepas. Anda masih boleh mendaftar segera ke slot yang masih ada.
Saya ingin berkongsi salah satu ilmu dalam seminar ini - Simpan untuk Labur.
Ramai orang mengetahui pentingnya simpanan dan ada yang telah mulai penyimpan. Tapi adakah anda tahu yang anda sepatutnya Simpan untuk labur. Langkah yang bijak adalah Simpan dan Labur. Barulah duit anda akan semakin banyak.
Anda perlu tahu jika anda hanya menyimpan sahaja tanpa membuat pelaburan, anda tidak mungkin akan kaya. Anda pernah dengar orang kaya hanya dengan penyimpan? Tidak bukan...
Zaman sekarang tidak sesuai dengan menyimpan sahaja kerana faktor inflasi. Harga barang semakin naik.
Jadi adalah perlu anda menyimpan dan apabila sampai masanya anda perlu melaburkan wang anda tadi. Teknik yang senang ini dapat membantu anda mencapai impian anda.
Apa yang perlu anda faham, lakukan simpanan. Apabila sampai waktunya atau cukup simpanan anda tadi, lakukan pelaburan. Saya sarankan anda lakukan pelaburan jangka panjang seperti beli emas.
Kenapa emas? secara mudah dan ringkas, harga emas sentiasa naik. Untuk jangka panjang,anda akan untung.
0 Comments:
Post a Comment