Labels

Wednesday, 20 June 2012

Wanita tipu pelaburan emas Internet dikehendaki

Begitulah tajuk Utusan hari ini. Wanita tipu pelaburan emas Internet dikehendaki. Boleh klik sini untuk membaca Berita Utusan Wanita menipu Pelaburan Emas Internet

Sedih apabila perkara seperti ini masih berlaku. Kenapa kejadian seperti ini berlaku berulang kali? Tidak serik kena tipu dan tipu lagi ker? Terdetik hati saya, Salah satu tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu tentang emas dan perak. Insya Allah, PERCUMA sampai bila-bila.

Jadi, saya harap anda di luar sana jangan mudah kena tipu. Lengkapkan diri anda dengan ilmu emas dan perak sebelum terjun melabur dalam emas dan perak. Ada ilmu, ilmu jaga kita. Ada harta tapi takde ilmu, kita yang jaga harta. Kalau tak pandai, kena la tipu macam kes surat khabar ni. Ruginye tak tuntut ilmu.

Dari kita rugi beribu-ribu, baik keluarkan sedikit modal membeli buku tentang emas dan perak. Tak sampai RM100 pun. Kalau tak minat baca, hadir la seminar yang dianjurkan. Ada jer Seminar FREE. Post yang lepas saya kongsikan jadual seminar percuma. Jadi ambil lah TINDAKAN dengan daftar ke seminar tersebut. Saya tak dapat apa-apa pun dengan share seminar percuma tersebut. Saya hanya berkongsi dengan anda, Saya tak mahu perkara di surat khabar itu berulang lagi. Link Seminar Percuma Jun 2012

Cara paling senang dan mudah, kalau dah malas nak ke seminar dan membaca buku, TANYA pada yang lebih pakar atau arif tentang emas dan perak, Nak tanya saya pun boleh. Saya sudi berkongsi dengan anda.

0 Comments: