Anda ada baca surat khabar beberapa hari yang lepas mengenai syarikat pelaburan yang tidah sah? Saya sarankan anda baca. Dengan sedikit ilmu, anda boleh elak dari ditipu oleh syarikat-syarikat yang disenaraikan.
Terdapat 77 syarikat yang disenaraikan. Banyak bukan? Kalau syarikat pun dah 77 buah, berapa agaknya jumlah mangsa yang ditipu dengan pelaburan ini? Saya doakan anda yang membaca ini bukan salah seorang daripada statistik itu.
Saya sarankan anda lagi sekali, pelajari dan tuntutlah ilmu mengenai pelaburan yang anda ini lakukan. Tidak kira pelaburan emas atau apa jua bentuk. Kalau anda berani hendak melabur, kenapa tidak berani untuk melakukan sedikit siasatan? Mungkin kerana kurang ilmu untuk lakukan siasatan. Tidak mengapa, ada satu lagi jalan yang mungkin dapat membantu anda. Bertanya lah, tapi bertanya pada yang tahu.

0 Comments:
Post a Comment