Post kali untuk membantu anda di luar sana yang masih mencari-cari dealer Public Gold. Anda mesti pening kepala kalau tak tahu di mana hendak mencari Dealer Public Gold. Duit dah ada, ilmu pun dah cukup. Anda bersemangat hendak memulakan langkah pertama anda untuk memiliki emas dan perak pertama anda. Tetapi anda risau hendak menghubungi dealer yang mana satu.
Nasihat saya mudah sahaja. Anda hubungi Dealer yang bertauliah. Macam mana nak tahu Dealer bertauliah? Dealer yang bertauliah adalah dealer yang berdaftar dengan Public Gold dan telah menghadiri New Dealer Orientation (NDO).
Anda boleh mencari senarai dealer ini di laman web Public Gold di bawah tab Dealer. (Sila lihat gambar yang disertakan untuk memudahkan anda paham)
Sebagai contoh, anda duduk di Kajang dan berhajat mencari dealer yang dapat membantu mencapai impian anda iaitu memiliki emas pelaburan. Anda pilih option Selangor dan akan keluar senarai Dealer yang terdapat di Selangor. Kemudian anda pilih dealer yang berada di bandar anda contohnya di Kajang.
Jadi,anda terjumpa nama saya Ariff Yusoff di Page 1 dan bercadang menghubungi dealer ini. Segala detail dealer ada disenaraikan di laman web tersebut. Anda boleh call atau sms untuk mendapatkan emas pertama anda. Mudah bukan?
0 Comments:
Post a Comment