Semasa saya menulis entry ini, harga emas masih lagi rendah, berlegar-legar sekitar usd1600/Oz. Ini merupakan satu peluang yang baik bagi sesiapa yang menunggu untuk membeli emas dan menambah stok emas. Nasihat saya, jangan tunggu lagi jika anda mempunyai wang yang mencukupi. Beli dahulu kerana harga sudah cukup murah.
Sebentar tadi saya sudah selamat lock 1Dinar yang berharga RM707. Sebelum ini saya beli 1Dinar berharga RM728-RM750. Semasa emas naik mendadak itu hari, 1Dinar mencecah hampir RM800. Wow!!!
Bayangkan berapa keuntungan saya jika saya beli 5 keping 1Dinar sekarang. Dan apabila harga mencecah RM800, saya jual semuanya. berapa untung saya dapat ye?
0 Comments:
Post a Comment