Labels

Wednesday, 30 May 2012

5 Pesanan Robert Kiyosaki

Nama Robert Kiyosaki memang terkenal di seluruh dunia. Beliau terkenal dengan buku Rich Dad Poor Dad dan Game CashFlow. Jika anda masih tertanya siapa dia Robert Kiyosaki, saya sarankan anda Google untuk maklumat lanjut.


Hari ini saya ingin kongsikan pesanan Robert Kiyosaki. Ada sesiapa yang berkesempatan berjumpa dengab beliau semasa talk beliau diadakan di National Achievers Congress, Sunway Convention Center tempoh hari? Kalau ada, Tahniah! Bukan senang hendak berjumpa dengan ikon ini. 

Saya ingin kongsikan 5 Pesanan dari Robert Kiyosaki semasa talk di Sunway lepas.

1. Menjangkakan Krisis Ekonomi Global pada tahun 2016

2. Peperangan dengan Iran dalam jangka masa 2 tahun kerana Iran tidak akan memberhentikan program nuklearnya.

3. Lima aset yang berharga semasa krisis: Emas, Makanan, Senjata, Hartanah dan Tenaga (oil)

4. Sangat menitikberatkan pelepasan cukai dalam bisnes dan pembelian hartanah.

5. Cara beliau menjana kekayaan: Income dari Bisnes digunakan untuk pinjam duit beli Hartanah. Cashflow dari hartanah disimpan dalam bentuk Komoditi (gold,silver,oil). Tiada simpanan dalam bentuk tunai kerana beliau tidak lagi percaya kepada kestabilan wang kertas.

Perkongsian beliau selama 3 jam telah banyak mengingatkan hadirin tentang kepentingan terus belajar untuk meningkatkan financial IQ.

Sila kongsikan ilmu ini dengan kawan-kawan yang lain. The more you give, the more you get.


# Sumber dari saudara Ikram Adi

Hadis Nabi saw: Jika kamu mahukan dunia, kamu perlu ada ilmu, jika kamu mahu akhirat, kamu perlukan ilmu dan jika kamu mahukan dunia akhirat, kamu perlukan ilmu!

0 Comments: