Labels

Sunday, 4 December 2011

Apa itu Emas?

Sebelum cerita lebih mendalam, saya mulakan dulu dengan pengenalan mudah; 
Apa itu Emas? Kita mesti kenal dahulu dengan emas, baru boleh cerita tentang pelaburan emas. Tak kenal maka tak cinta.

-sumber dari wikipedia

Emas adalah satu unsur kimia dengan nombor atom 79. Semasa sekolah dahulu, kita ada belajar jadual berkala dan emas membawa simbol Au(Aurum). Jangan risau, ini hanyalah pengenalan atau sesi suai kenal. Tak mengapa jika anda tak mengetahuinya sebelum ini.

Sifat-sifat emas pula merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia.

Syabas! Kini anda sudah mengenali emas.

Emas selalu dikaitkan dengan warna kuning, teman baik wanita dan logam berharga. Dari dahulu lagi ramai mengetahui kelebihan emas. Sebab itu ramai ingin memilikinya. Betul tak?

Orang dahulu pun selalu berpesan, Masa itu Emas. Jadi, mari sama-sama mengumpul emas. Kalau lambat, nanti makin mahal. Jadi betullah pepatah Melayu itu,
Masa itu Emas.

0 Comments: