Ada yang berkata harga emas akan terus naik dan ada yang berkata harga emas akan membuat rekod baru pada pertengahan tahun 2012 nanti. Tapi apa kata dan pendapat anda?
Mari terus menambah ilmu tentang emas dan ketahuilah kenapa harga emas jatuh tempoh hari. Seperti yang dijanjikan, ini pendapat saya seperti di bawah.
Kebimbangan mengenai krisis hutang di Eropah telah membuatkan pelabur membeli dollar (dan bukannya emas) sebagai perlindungan daripada risiko. Ini membuatkan harga emas berbanding dollar jatuh. Asas ekonomi tentang penawaran dan permintaan.
Negara Eropah mengalami krisis hutang dan masih belum ada penyelesaian dan persetujuan yang konkrit untuk menyelesaikannya. Jadi ini membuatkan pelabur bimbang. Mereka akan mencari tempat yang selamat untuk memindahkan kekayaan mereka. Maka mereka memilih US dollar. Dengan kata lain, US Dollar mengalami peningkatan permintaan dan terus kukuh. Disebabkan itu harga emas jatuh.
Pendapat saya, ini hanya sementara. Harga emas telah stabil di sekitar usd1600/Oz, market sedang mencari posisi sebelum naik semula. Jika harga emas berada di atas line merah, ia akan naik dan menghampiri line biru, 50 DMA.
Jika harga masih di bawah line merah, 200 DMA maka berhati-hati. Kemungkinan ia boleh turun lagi. Harap-harap tidaklah. (Ini telah pun terjadi)
Saya berharap anda boleh paham penerangan ringkas ini. Jadi anda tidaklah blur kenapa harga emas jatuh. Mungkin anda boleh menceritakan kepada yang lain yang masih blur.
0 Comments:
Post a Comment