Berapa agaknya harga emas pada tahun 2012?
Soalan yang selalu ditanya oleh semua orang. Saya sendiri tidak
mempunyai jawapan yang tepat sebab saya bukan ahli nujum.Jangan
marah ya.
Tapi berdasarkan ilmu dan hasil pembacaan saya adalah seperti
berikut.Berdasarkan krisis hutang Eropah yang tiada penghujung lagi
dan ekonomi AS yang masih lemah, ramai melihat harga emas boleh
jatuh lagi. Namun, fungsi emas sebagai kalis inflasi dan penyimpan
nilai, maka dijangkakan tiada kejatuhan yang mendadak.
Kebanyakan analisa adalah harga emas dalam trend menaik.
Dengan kemelut hutang negara maju yang berpanjangan akan menyebabkan
ahli politik mencetak wang pada tahun 2012. Ini akan menyebabkan
inflasi dan menjatuhkan nilai matawang dunia, US dollar, Sterling
dan Euro.
Secara tidak langsung, emas akan terus menjadi tarikan kerana
dianggap tempat yang selamat. Pelabur akan meningkatkan portfolio mereka kepada aset emas. Ini akan menyokong harga emas secara tidak
langsung kerana pelabur mencari alternatif penyimpan nilai.
Ini tidak termasuk berita kejatuhan ekonomi dan politik lain yang
mungkin terjadi pada tahun 2012. Selagi ada berita seperti ini akan
menyebabkan emas menjadi tarikan dan harga emas terus naik.
Dari segi teknikalnya, petanda untuk trend menaik apabila harga emas
melebihi garisan 200 DMA, sekitar US1620/Oz.
Dijangkakan harga emas akan mencecah US2000/Oz pada pertengahan
tahun 2012.Jadi kepada yang masih menyimpan emas, tiada apa yang
perlu anda risau jika anda menyimpan untuk jangka sederhana atau
lama. Memang terbukti emas adalah penyimpan nilai yang bagus.
0 Comments:
Post a Comment