Labels

Sunday, 11 December 2011

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Hari ini merupakan hari keputeraan Sultan Selangor. Jadi rakyat Negeri selangor akan dapat cuti lagi esok. Best kan?

Dahulu sultan atau raja dikaitkan dengan warna kuning. Warna kuning ini dikhas untuk golongan diraja. Rakyat jelata tak boleh guna atau pakai. Eksklusif sungguhkan? Tapi kini tidak lagi. Zaman sudah berubah, warna kuning boleh digunapakai oleh semua.

Tapi kenapa dahulu warna kuning nih sungguh special?
Warna kuning dikaitkan dengan kebesaran, kekuasaan dan kedaulatan. Kini warna kuning digunapakai dalam logo sesuatu jabatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ia melambangkan penawaran perkhidmatan yang berkualiti 
(a golden service) kepada pelangan.

Ada juga mengaitkan kuning dengan kebahagiaan dan keamanan. Pendek kata warna kuning mempunyai aura positif yang tersendiri. Rasanya, sebab itulah warna kuning emas menjadi tarikan dan kegilaan dari dahulu lagi. Melihat warna kuning pada emas yang bersinar-sinar memang menjadikan kita teruja, kan?


Alangkah indah kalau kita dapat memiliki emas seperti ini.

0 Comments: